Sebanyak 16 pemain dari seluruh Sarawak telah dipanggil kelab bolasepak Kuching City untuk sesi pemilihan bagi pasukan Piala Presiden kelab tersebut musim ini.

Menurut kenyataan ringkas kelab tersebut, kesemua pemain adalah dikesan ketika Kuching City FC Tour pada Disember lepas.

Pemain – pemain yang dipilih adalah Hidayat, Awang Aman, David Sepetok, Bansing, Steve Salutan, Bellynie Allister, Azim, Mohd Rozman, Mohd Hazizi, Mohd Firdaus, Raid Syahmi, Mohd Fikri, Amirul Hakeem, Patrick Markus, Gadei Nain, dan Mohd Amahrol.

Adalah difahamkan surat tawaran untuk menyertai sesi pemilihan pasukan Piala Presiden Kuching City telah dipanjangkan kepada semua pemain yang disenaraikan oleh kelab tersebut.

Kuching City telah menggunakan Jelajah Sarawaknya pada Disember lalu untuk memperkuatkan jenama kelab tersebut di serata Sarawak.

Selain daripada itu, perlawanan – perlawanan persahabatan yang dianjurkan kelab tersebut telah juga digunapakai untuk mengesan bakal tempatan kelahiran Sarawak yang boleh mewakili kelab tersebut.