Home Malaysian football “Saya tidak sehebat Mat Yo” – JKT

“Saya tidak sehebat Mat Yo” – JKT

“Saya tidak sehebat Mat Yo”.

Begitulah ungkapan pemain kegemaran Sarawak Joseph Kalang Tie apabila pihak SarawakCrocs.com bertanyakan kepada beliau samada beliau dipanggil untuk bermain bersama squad Harimau Malaya bimbingan Ong Kim Swee.

Joseph turut menambah bahawa beliau masih mempunyai banyak kelemahan jika dibandingkan dengan Norshahrul Idlan Talaha yang lebih dikenali sebagai ‘Mat Yo’ di kalangan peminat bolasepak Malaysia.

Pengakuan Joseph secara langsung menidakkan berita di media sosial yang menyebut bahawa Joseph telah dipanggil oleh Ong untuk menggantikan tempat Mat Yo yang kini dipercayai sudah kehilangan tempatnya di skuad Harimau Malaya ekoran kegagalan beliau menghadirkan diri untuk seso latihan pusat.

Sungguhpun Joseph terpilih, kami di SarawakCrocs.com amat berharap bahawa Joseph akan, pada suatu hari nanti membawa bakatnya ke petingkat antarabangsa, dan sekaligus mengharumkan nama Malaysia dan Sarawak.

RECOMENDED LINKS: