11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Zamri Morshidi telah menolak pelawaan untuk menyertai Sarawak FA di saat-saat akhir mengikut sumber SarawakCrocs.com.

Mengikut sumber kami, Sarawak telah membuat pelawaan tersebut pada saat akhir namun Zamri dikatakan telah menolak tawaran tersebut. Punca Zamri menolak tawaran tersebut tidak diketahui buat masa ini, namun pihak kami telah difahamkan ianya ada kaitan dengan berita bahawa Zamri telah menandatangani kontrak bersama MOF FC untuk musim hadapan.

SHOPEE

Kami difahamkan bahawa Sarawak membuat tawaran saat akhir tersebut apabila menyedari bahawa mereka masih memiliki ruang untuk seorang pemain lagi, dan tarikh terakhir pendaftaran pemain untuk Liga Malaysia bagi musim 2015 semakin dekat.

Pihak kami juga difahamkan bahawa ada beberapa pasukan turut bersedia mengambil Zamri, namun kami tidak ada pengesahan berkenaan ini buat masa ini juga.

Status Zamri di Facebook.
Status Zamri di Facebook.

Zamri dalam pada itu telah turut membuat satu ‘status update’ di Facebook yang di lihat berkaitan dengan maklumat dari sumber kami. Dalam status tersebut, Zamri berkata beliau berharap slot kosong di dalam pasukan Sarawak akan diisi oleh pemain tempatan.

1 COMMENT

Comments are closed.