Pasukan wanita Bintulu FA masih mempunyai peluang untuk mara ke pusingan akhir Liga Bolasepak Rakyat Wanita 2017 biarpun tewas menentang Kota Setar di perlawanan pertama pusingan separuh akhir petang semalam.
Sungguhpun tewas 4-0 kepada Kota Setar di Stadium UPM Serdang kelmarin, Bintulu FA mempersembahkan permainan yang menarik pada awal perlawanan, namun tidak mampu untuk menyekat kemaraan Kota Setar selepas itu, yang terus mencatatkan kemenangan bergaya dari perlawanan pertama LBR wanita.
Biarpun tewas, pasukan Bintulu FA masih berpeluang untuk mara ke pusingan akhir sekiranya menang melebihi empat gol menentang lawan yang sama petang esok di perlawanan kedua peringkat separuh akhir.
Perlawanan tersebut dijadualkan akan berlangsung esok sekitar jam 4 petang.