Walaupun tewas, pemain muda bermain dengan baik

Sarawak United memulakan kempen sulung mereka di Liga Super malam tadi dengan kekalahan tipis kepada Kedah Darul Aman.

Biarpun bermain di tempat sendiri, pasukan kenyalang emas itu gagal memanfaatkan beberapa peluang keemasan, sekaligua menyaksikan mereka berputih mata.

Ketua jurulatih Sarawak United, B Satianathan selepas perlawanan walaubagaimanapun memuji pemainya.

Beliau berkata pemain telah bekerja keras, dan Elavarasan (bekas ketua jurulatih) telah membentuk satu pasukan yang mantap.

“Walaupun kita kalah, tetapi untuk saya dengan pasukan yang baru dibentuk, saya nak ucapkan terima kasih kepada jurulatih Elavarasan kerana dia membentuk pasukan ini.” kata Satianathan.

“Apa yang saya nampak adalah semangat pemain” jelas Satianathan lagi.

Dalam pada itu, Satianathan mengakui bahawa keserasian pemain import pasukannya belum wujud lagi.

Beliau berkata bawa Boris Kok dan Francis Kone masih lagi belum cukup serasi dengan pasukan berbanding Lee dan Uche Agba.

>> BELI JERSI SARAWAK UNITED

“Kone banyak peluang, tetapi saya kena faham satu benda, pemain import kita ini, Lee dengan Uche, memang dia sudah ada di sini lama, tetapi Kone dengan Boris baru sampai.

Tapi kone ni, kecergasan dia tidak seperti yang diharapkan. Dia penat. Inilah yang menyebabkan tendangan dan tandukan dia tidak tepat. Kita akan memperbaiki ini dan meningkatkan kecergasan dia. Itu yang kita mahu.” jelas Satianathan lagi.

“Secara keseluruhan, pemain muda kita bermain dengan baik. Saya harap kita akan cuba membaiki beberapa kesilapan yang kita buat hari ini.” ujar jurulatih berpengalaman tersebut lagi.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top