LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman, Aidil Sharin Sahak, berpendapat pasukan bimbingannya berjaya mendominasi perlawanan, sekaligus menang malam tadi.

Menurut beliau, Kedah telah mendominasi perlawanan namun sedikit alpa selepas itu dan terikut – ikut rentak Sarawak United.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Biarpun demikian, beliau mengakui bahawa beliau gembira dengan keputusan malam tadi kerana sasaran pasukannya adalah untuk memungut mata penuh di Stadium Negeri.

“Kami mencapai sasaran kami unutk memungut mata penuh. Saya rasa pemain telah bekerja keras untuk perlawanan ini. Kami mendominasi perlawanan dengan baik tetapi selepas jaringan kami, kami mula alpa dan mula kehilangan bola dan mengikut tempo Sarawak United.” jelas Aidil selepas perlawanan.

Dalam pada itu, Aidil juga mengakui sememangnya tahu Sarawak United sukar ditentang di laman sendiri dan ini terbukti pada babak akhir perlawanan.

>> LIHAT JERSI KEDAH DARUL AMAN

“Kita harus memperbaiki diri, dan kami tahu Sarawak United memang sukar ditentang di tempat sendiri.

“Sarawak menentang kami sehingga saat akhir. Cara mereka bermain, mereka telah bertarung sehingga saat terakhir. Tahniah kepada kedua – dua pasukan.” kata Aidil lagi.