LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kelab bola sepak Kuching City akan sah berentap di Liga Super musim hadapan selepas Malaysia Football League (MFL), selaku penganjur Liga Malaysia, mengesahkan bahawa mereka akan memansuhkan Liga Premier musim hadapan.

Ini bermakna MFL akan menempatkan semua pasukan bola sepak profesional Liga Malaysia di dalam satu liga, yakni Liga Super.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Liga Super yang kini mengandungi 12 pasukan, akan diperbesarkan kepada liga 18 pasukan, sekaligus menyaksikan penyingkiran pasukan ke Liga Premier tidak lagi boleh dilaksanakan.

Penambahan 18 pasukan ini dilihat menyingkirkan semua pasukan simpanan dalam Liga Premier kini ke satu liga baharu yang akan dikenali sebagai Liga Simpanan dan pasukan bukan simpanan seperti Kuching City akan mara secara automatik ke Liga Super 2023.

Dalam perkembangan sama, Liga Premier yang dimansuhkan akan dijenama semula dan ditukar menjadi Liga Semi-Pro (separuh profesional) dengan pihak Amateur Football League (AFL) disebut sebagai badan yang akan mengemudi penganjuran liga tersebut.

Dengan hampir sahnya Kuching City ke Liga Super 2023, maka tercapailah impian kelab tersebut untuk melangkah ke liga bola sepak tertinggi Malaysia pada musim hadapan.

Ini juga bermakna bahawa Sarawak akan mempunyai dua pasukan di dalam Liga Super pada musim hadapan, dengan pasukan Sarawak United menjadi pasukan satu lagi.

Untuk rekod, biarpun Kuching City tidak diberi slot Liga Super 2023 secara automatik melalui perubahan sistem Liga Malaysia ini, pasukan bimbingan Irfan Bakti itu kini dalam keadaan baik untuk layak ke Liga Super 2023 secara merit kerana ianya kini di kedudukan kedua tertinggi di dalam Liga Premier di kalangan pasukan – pasukan yang layak untuk mendapat promosi.

Selain Kuching City, pasukan lain yang dijangka akan turut naik ke Liga Super 2023 adalah Kelantan FC, UiTM FC, PDRM FC, Kelantan United dan Perak FC.

// Dapatkan jersi EPL 2022/23 dengan kualiti terbaik