Walaupun kecewa, Regan masih mahu Sarawak United berjaya

Biarpun dirinya kecewa belum menerima tunggakkan gajinya, bekas pemain import Sarawak United, Taylor Regan mengakui bahawa beliau masih mahukan yang terbaik untuk kelab yang bertapak di Kuching itu.

Dalam temubual esklusif dengan Astro Arena, Regan berharap bahawa Sarawak United akan terus kekal di Liga Super pada musim akan datang biarpun beliau merasakan mereka tidak akan memenangi sebarang piala ekoran kehadiran pasukan lain yang lebih besar dan berbelanja besar.

Beliau juga berkata bahawa beliau mahu peminat bola sepak Sarawak United mempunyai sesuatu untuk diraikan dan mahukan segala urusan Sarawak United dipermudahkan.

“Saya tetap mahu mengucapkan yang terbaik untuk Sarawak United. Bola sepak bukan pasal pengurusan, bukan pasal pemain, bukan pasal jurulatih. Ianya adalah berkenaan semua. Pengurusan adalah penting, mereka ada tanggungjawab dan kerja untuk dibuat. Pemain ada tanggungjawab dan kami telah melakukanya, dan jurulatih pun telah membuat kerja mereka.” jelas Regan dalam temubual tersebut.

“Dengan Covid, peminat di Sarawak tidak dapat ke stadium.

“Saya berharap tahun hadapan, di Liga Super, Sarawak akan menyelesaikan semua masalah mereka dan boleh bersaing.

“Mereka tidak akan memenangi sebarang piala kerana ada kelab-kelab ternama yang berbelanja besar.

>> CARI KASUT BOLA SEPAK MURAH

“Saya cuma berharap mereka mampu kekal di Liga Super. Kami telah berjaya membawa kelab ini kembali ke Liga Super seperti mereka mahukan dan saya harap peminat akan mempunyai sesuatu untuk diraikan.

“Jadi saya berdoa bahawa semuanya akan berjalan lancar biarpun duit saya kini akan datang dari tempat berlainan daripada yang saya mahukan.  Namun ini sahaja pilihan yang saya ada. Saya ucapkan mereka yang terbaik.” ujar Regan lagi.

Taylor kelmarin memberitahu media tempatan bahawa beliau telah membawa isu culas gaji Sarawak United ke FIFA dan telah membuat beberapa dakwaan serius berkenaan perkara tersebut dalam temuramah sama.

Sarawak United buat masa ini belum mengeluarkan sebarang komen rasmi berhubung isu yang dibangkitkan Regan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top