Vincent Bikana mahu main untuk Malaysia

Pemain pertahanan Terengganu, Vincent Bikana telah memberi indikasi bahawa beliau berminat untuk menyarung Harimau Malaya.

Vincent yang berasal dari Cameroon belum pernah mewakili negara tersebut dan beliau telah menyatakan beliau bersedia menukar kewarganegaraan sekiranya peluang mewakili Malaysia terbuka.

Hasrat Vincent sememangnya dibenarkan oleh badan induk bolasepak dunia FIFA, yang mana menyatakan di dalam peraturan mereka bahawa seseorang pemain yang belum pernah mewakili negara asalnya, boleh mewakili negara lain dengan syarat beliau sudah menetap di negara tersebut sekurang-kurangnya 5 tahun selepas berumur 18 tahun.

Vincent dalam pada itu juga memaklumkan bahawa beliau baru berusia 23-tahun dan sudah bermain dan tinggal di Malaysia selama tiga tahun sehingga kini.

Beliau tanpa berselinding juga menyatakan beliau melihat dirinya akan kekal di Malaysia dan berharap akan kekal bersama Terengganu.

Sumber: FFT

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top