Jika anda mempunyai minat mendalam di dalam bolasepak dan ingin memperkembangkan bakat anda, maka ini peluang anda.
Ujibakat Mencari Ramli akan diadakan di Kuching pada 8-9 April 2017 ini di Padang Bolasepak Perumahan Fasa 2, Jalan Astana.
Program realiti yang kini memasuki musim ke-enam menyaksikan Kuching menjadi lokasi ujibakat ke-10 untuk edisi kali ini, dimana peserta terpilih akan ditaja sepenuhnya untuk ke Manchester, United Kingdom, serta berpeluang beramah mesra dan pelajari rahsia pemain-pemain utama kelab bolasepak gergasi Manchester United.
Selain daripada itu, pemenang juga akan berpeluang dilatih oleh jurulatih bertaraf antarabangsa di kelab tersebut.
Untuk makluman, nama RAMLI yang digunakan kerana ia mencerminkan tiga komponen utama rakyat Malaysia yang majmuk;
RAM – India, Li – Cina, RAMLI – Melayu.
Jika anda berminat, maklumat ada di sini.