Umum mengetahui bahawa Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telahpun dilantik menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu, namun tidak ramai yang melihat signifikan perlantikan beliau ke atas bolasepak Sarawak.
Berdasarkan maklumat diterima dan dibaca, berikut adalah lima kesan pelantikan TMJ sebagai Presiden FAM ke atas bolasepak Sarawak, dan di sini kami senaraikannya.
5LEBIH BANYAK SIARAN LANGSUNG

Permintaan paling tinggi dari peminat Bujang Senang, dan ianya bakal berlaku kerana TMJ pernah menyuarakan perasaan tidak puas hati Baginda berkenaan kekurangan atau ketiadaan siaran langsung bagi pasukan Sarawak FA. Ini ditambah pula dengan hasrat TMJ sendiri memberikan siaran langsung secara lebih adil kepada semua pasukan. Berbekalkan hakikat itu, tidak mustahil pemberian siaran langsung Liga Super akan lebih rata, sekaligus menyaksikan Sarawak FA diberi lebih satu atau dua siaran langsung dari Stadium Negeri selepas ini, ataupun mendapat lebih banyak siaran langsung secara langsung.
4PENGADIL LEBIH TELUS KETIKA PERLAWANAN

Antara keinginan TMJ yang paling besar adalah mewujudkan satu badan pengadil yang profesional di Malaysia. Dengan wujudnya badan tersebut mutu pengadilan di Liga Malaysia dipercayai akan meningkat. Hal ini secara langsung akan membantu pasukan Sarawak FA kerana ianya bukan rahsia bahawa mutu pengadilan bagi perlawanan melibatkan Sarawak FA dilihat agak teruk sejak dahulu lagi.
3FAS KAYA RAYA!

TMJ mahu setiap pasukan diberi royalti penyiaran yang lebih besar. Baginda telah acap kali menyataka perkara ini dan kini, selaku presiden FAM yang baharu, beliau boleh menolak kehadapan agenda ini, sekaligus menyaksikan badan gabungan seperti Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mendapat dana lebih besar untuk digunakan bagi menaikkan lagi pembangunan bola sepak peringkat akar umbi Sarawak. Persoalannya adalah bagaimana FAS membelanjakan durian runtuh itu kelak.
2PELUANG ANAK SARAWAK LEBIH BESAR

Hubungan rapat Sarawak dan Johor dari segi bolasepak adalah amat baik dengan TMJ sendiri sering memuji peminat, pengurusan dan pasukan Bujang Senang. Dalam pada itu, adalah dipercayai hubungan ini akan bertambah baik dengan pelantikan TMJ sekaligus menyaksikan lebih ramai ‘anak Sarawak’ diberi peluang untuk memajukan diri di peringkat lebih tinggi bolasepak seperti dibawa masuk ke Akedemi JDT, atau yang sepertinya di seluruh dunia. – Dalam erti kata lain, akan hadir kesama-rataan dari pelbagai akspek pentadibiran, sekaligus membuka peluang kepada pemain bolasepak dari Sarawak untuk memperkembangkan diri.
1KRISIS BOLASEPAK SARAWAK LEBIH TERDEDAH

Dengan TMJ mahu rakyat menjadi salah satu ‘stake-holder’ di dalam FAM, maka harapan dan masalah yang dialami di peringkat akar umbi akan lebih mudah dikenalpasti oleh FAM. Ini termasuklah masalah yang dihadapi FAS di dalam membangunkan bolasepak Sarawak yang mempunyai geografi besar dan dana yang kecil atau sama dengan pasukan lain. Dalam pada itu, cadangan TMJ untuk mengadakan mesyuarat exco di seluruh negara secara bergilir bukan sahaja akan merapatkan pihak atasan FAM dengan pihak penyelia bolaepak tempatan, tetapi ianya juga akan membolehkan kesederan krisis bolasepak dikenalpasti dengan mudah.
Sesungguhnya, pelantikan TMJ sebagai Presiden FAM bakal membawa seribu satu harapan, dan adalah diharapkan ianya bukan sahaja tertakluk kepada lima di atas bagi Sarawak.
salute tmj… u r the best👍👍👍👍
Sya tabik TMJ….HORMAT SELAMANAYA…
Terima kasih TMJ
Masih terlalu awal nak komen
Aokajklah….
Semoga berjaya TMJ…👍👍👍
Alhamdulillah…
Tunggu n lihat bena sik lbh banyak live lps tok
Bukan nak meminta-minta, bukan nak memandai-mandai, dari dulu perkara ni selalu je berlaku kat Team sarawak, harap ada live kat sarawak pada match-match akan datang dan bila hukuman dah ditetapkan untuk Team Sarawak, saya haraplah janganlah ditambah-tambahkah hukuman tu seperti yang berlaku baru-baru ni…kita tak mahu perkara ni berlaku lagi kat Sarawak seperti yang yg dilakukan Persatuan FAM yg lama dulu… #ini sekadar luahan hati #MYTEAMSARAWAK
Tima kasih tmj
Padah no live no problem, tapi bila xda live, complain juak
Bena kt drik pok.klk dah ada live mun kalah ng mengerey k***k players..haha
Hihi
Salute TMJ
Hidup tmj 👑👑👑
sangat-sangat setuju.terima kasih TMJ.
Salute TMJ
Terima kasih tmj..kerana mendengar dan mengambil perhatian tntg masalah dan suara pemyokong2 kami..
Terbaik tmj
Trima kasih tmj
Thank you TMJ #luaskankuasamu #ngapsayot
Ckit2 tanya ada live tak?? Live hanya dlm stadium…
Syukur..tq TMJ..
apa 5 kesan ya haha xdpt tekan link ya
1. KRISIS BOLASEPAK SARAWAK LEBIH TERDEDAH
2. PELUANG ANAK SARAWAK LEBIH BESAR
3. FAS KAYA RAYA!
4. PENGADIL LEBIH TELUS KETIKA PERLAWANAN
5. LEBIH BANYAK SIARAN LANGSUNG
Steadyla TMJ…oooohaaa…uuu…salute
Berangan
Daulat tuanku Johor Dan Sarawak berpisah tiada
Semua peminat dr Sarawak nunggu drastik dr TMJ jgn abu jadi abu agik
Fas kaya raya.. mcm ne duit ya akn dimanfaat kan? Masuk poket or upgradekan bola sepak srwk? Tq tmj.. !
Hidup TMJ…
Tahniah tmj majulh sukan bolasepak utk negara dan serawak
Bila ada live xmok turun std. Apa ? Chant kt rumah smpe kah kt std ?
Hidup tmj!
Hebat TMJ tq…
Harap krajaan sarawak mencontohi kepimpinan negara johor dr segi kebajikan kpd rakyat sarawak..dr semua aspek .hidup sultan