Tugas sukar untuk Sarawak malam ini

Tugas berat menanti K Rajagobal malam ini apabila beliau perlu memastikan Sarawak bukan sahaja mengutip mata apabila melayan kunjungan Pahang FC, tetapi juga memastikan Sarawak mengutip mata penuh.

Rajagobal yang dikhabarkan bergegas terus ke bilik persalinan apabila Sarawak tewas 5-2 kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT FC) pada hari Rabu lepas tidak menyembunyikan perasaan kecewanya terhadap prestasi terkini Sarawak apabila beliau ditemuramah oleh pemberita tempatan dari Sarawak.

Secara amnya, bermain di tempat sendiri seharusnya memberikan kelebihan kepada pasukan tuan rumah, namun dengan Sarawak masih menjalani hukuman denda bermain di stadium kosong akibat rusuhan peminatnya pada awal tahun ini tadi, situasi bermain di Stadium Negeri yang kosong boleh memberikan kesan psikologi yang negatif kepada pemain Bujang Senang.

Ianya diburukkan lagi dengan kesedaran pemain Sarawak berkenaan komen-komen pedas dari peminat di laman sosial berkenaan ketidakupayaan pasukan Sarawak untuk bersaing musim ini, yang sudah pasti akan melemahkan lagi semangat juang anak didik Rajagobal.

Dengan semangat yang kian hilang, ketiadaan penonton setia di Stadium Negeri, dan hakikat bahawa Pahang kini sedang meningkat prestasinya, peluang Sarawak untuk memungut mata penuh di Stadium Negeri sememangnya nampak sukar.

Sungguhpun demikian, ada peminat yang masih berharap Sarawak mampu bangkit dan kembali mencabar di Liga Super.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top