Home Malaysian football Robert Alberts puji penyokong Sarawak, selar keadaan padang Selayang

Robert Alberts puji penyokong Sarawak, selar keadaan padang Selayang

Robert Alberts sekali lagi memuji penyokong Sarawak apabila beliau ditemuramah RTM malam tadi selepas perlawanan Sime Darby – Sarawak di Stadium Selayang.

Menurut Alberts, penyokong Sarawak amat hebat kerana mereka begitu setia menyokong pasukan Sarawak walau di mana sahaja, dan ini termasuk ribuan yang telah datang ke Stadium Selayang dan menjadikan stadium yang digunakan oleh Sime Darby itu ibarat suasana di Stadium Negeri.

Tambah Roberts, beliau amat gembira menjadi jurulatih Sarawak kerana ianya adalah satu tempat yang amat istimewa, dimana semangat penyokong ‘Ngap Sayot’ amat terasa di seluruh pelusuk negeri.

Apabila ditanya berkenaan perlawanan Sime Darby menentang Sarawak, Roberts menyatakan bahawa pasukannya bertindak baik menyekat Sime Darby, dan akan berusaha untuk menang pada perlawanan timbal balik di Kuching Sabtu hadapan.

Beliau bagaimanapun melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap panjang rumput Stadium Selayang yang beliau dakwa terlalu panjang untuk bermain bolasepak. Menurut Robert, FIFA telah menetapkan bahawa panjang rumput mestilah tidak lebih 2.5cm, namun kepanjangan rumput di Selayang menjangkau 5cm.

Robert turut menambah bahawa rumput yang panjang akan memperlahankan pergerakan bola, dan sekaligus melambatkan pergerakan pemain kerana mereka perlu bekerja lebih keras semasa bermain.

Untuk rekod, Sime Darby dan Sarawak sekadar mampu seri malam tadi, sekaligus membuat perhitungan di Kuching satu perhitungan yang menarik.

Previous articleMsia Cup Q-Finals Preview: Sime Darby FC vs Sarawak FA
Next articleSime Darby FC 0-0 Sarawak FA: A bore draw in Selayang