Topeng ‘haram’ di Stadium Negeri

Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah memanggil satu sidang media berkenaan pemakaian topeng di stadium baru-baru ini.

Menurut Borneo Post, FAS kini melarang penyokong Sarawak dari menggunakan topeng ketika berada di stadium bagi mengelak gejala samseng bola sepak dalam semua saingan Liga Malaysia.

Akhbar tersebut turut menyebut bahawa Setiausaha FAS, Abdullah Julaihi berkata, peraturan baru itu diperkenalkan bagi memudahkan pihaknya mengecam penyokong yang melanggar peraturan ketika sesuatu perlawanan berlangsung termasuk bertemu Perak malam esok.

Sumber berita tempatan lain turut menyebut bahawa FAS akan bertindak menangkap sesiapa sahaja yang dilihat mungkin mengancam keselamatan, dan ini termasuklah menangkap mereka yang didapati membawa topeng ke stadium.

Beliau turut di sebut berkata “Jika anda tidak melakukan sesuatu yang salah, kenapa harus menggunakan topeng?”

Menurut sumber ketiga SarawakCrocs.com, pihak FAS akan mula membuat pemantauan pemakai topeng mulai esok ketika perlawanan Sarawak menentang Perak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top