Pasukan bola sepak negara berjaya layak ke peringkat 16 terbaik Sukan Asia 2018 lebih awal sebelum berakhirnya peringkat kumpulan. Perkara yang jarang berlaku kepada pasukan negara.

Apabila sudah layak awal, Datuk Ong Kim Swee membuat 8 perubahan ketika menentang Bahrain. Dan dua pemain Sarawak diberi kepercayaan untuk bermain.

Tommy Mawat dan Rodney Calvin adalah wakil Sarawak tempoh hari. Tommy menunjukkan permainan yang mantap walaupun hanya bermain di liga divisyen 3 negara bersama pasukan PJ Rangers.

Kematangan beliau di atas padang membuka mata peminat bola sepak dan anak muda Sarawak ini dilihat berpotensi untuk pergi lebih jauh. Tetapi yang pasti bukan dengan Sarawak FA.

Rodney Calvin pula sedikit gugup berhadapan pemain Bahrain yang berfizikal tegap namun beliau tetap bermain baik dan ada banyak ruang yang boleh beliau tambah baik.

Rodney bermain dengan kelab PKNS di Liga Super seharusnya lebih tenang dan menunjukkan kualitinya sebagai pemain utama di Liga Super. Beliau ada melakukan sedikit kesilapan dan Bahrain menghukumnya dengan jaringan.

Namun apa yang dikatakan adalah bakat muda Sarawak ini ada. Namun mereka harus keluar dari Sarawak FA. Jika mereka terus dibawah naungan FAS maka mereka tidak akan berada dipentas Sukan Asia yang hebat ini.

Kepada anak Sarawak yang berpotensi, berhijrahlah jika mendapat peluang. Berikan 100% ketika bertandang ke tempat lawan kerana ada ramai pencari bakat yang memerhatikan anda.

Selagi anda setia anda akan tahu nasib anda sebagai pemain naungan FAS. Ayuh bina masa depan gemilang kerana ini periuk nasi anda. – SARAWAKCROCS.COM/JJF

19 COMMENTS

  1. Teruskan berkelana dan menimba pengalaman di luar sarawak..sik main dgn sarawak bukan beerti.sik syg sarawak..player ada karier utk dimajukan..sikdpt nak.nunggu fa sarawak ajak..yg lain2 boleh ikut jejak sidak tok..iboh takut n manjak berjauhan dgn keluarga.

  2. Tapi apa yg aku tanggar, masih jauh lagik permainan sidak duak ya kalau dibanding dgn permainan Dahlan Matussin ngan Roslan&AhChong Ismail zaman Ngap Sayot dolok .

  3. Tp heran…knk time ny 2 main ngn swk dolok2 x da pn dak malaysia ambk sidak ny..bila dah kuar dr swk..terus jd wakil malaysia..ke sidak tuk dengki dgn swk…sama juak dgn josep kalang dolok..

Comments are closed.