Home BERITA BOLASEPAK Merealisasikan struktur bola sepak Sarawak (Bahagian I)

Merealisasikan struktur bola sepak Sarawak (Bahagian I)

FAS logo

Tidak dinafikan, bola sepak mempunyai potensi besar untuk diterokai.

Laungan #BubarSarawakFA sejak akhir-akhir ini bukanlah untuk mematikan bola sepak Sarawak, tetapi ianya lebih ke arah memperkasakan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dalam mengurus tadbir sukan ini secara mapan.

Sejak mengenali bola sepak, kita akan beranggapan bahawa FAS dan pasukan Sarawak ialah entiti yang sama.

Ini boleh dimaafkan kerana pasukan Sarawak atau Ngap Sayot dikenali selama ini membawa logo FAS, dan statusnya sebagai pasukan negeri dibawah kendalian FAS. Pemahaman yang tidak betul inilah yang harus kita ubah.

Bayangkan jika senario bola sepak Malaysia, dan Sarawak khususnya dapat berubah daripada penglibatan pasukan negeri ke kelab atau komuniti.

Untuk Sarawak, kita boleh andaikan FAS merancang pelan piramid bola sepak Sarawak untuk mencungkil, memperkasa dan memasarkan bakat tempatan, di samping meningkatkan kualiti dan nilai komersil bola sepak Sarawak untuk jangka masa panjang.

Apakah pelan piramid bola sepak Sarawak?

Ianya adalah satu struktur lengkap yang merincikan pergerakan pasukan-pasukan kelab dan bahagian yang bertanding di negeri Sarawak.

Bayangkan jika anda menetap di Belaga, anda mungkin boleh bersorak raikan pasukan Kapit Rapids beraksi. Pemain berpotensi ini boleh dicungkil untuk bermain secara profesional dalam liga utama Sarawak yang boleh dibangunkan setaraf Liga Super Malaysia, atau lebih hebat lagi. Kemuncaknya, pemain ini boleh bermain dengan pasukan Sarawak untuk kejohanan seperti Sukan Malaysia (SUKMA) atau Piala Malaysia.

Seronok bukan? Ianya bukan sesuatu yang mustahil. Sebagai penyokong, kami merasakan keseronokan bola sepak dengan struktur sebegini akan menarik minat penyokong dari luar Sarawak.

Kami akan menerangkan dengan lebih terperinci bagaimana piramid ini boleh direalisasikan.

Daripada kami di SarawakCrocs, Salam Aidiladha kami ucapkan kepada pengikut SarawakCrocs yang beragama Islam. – SARAWAKCROCS.COM/RSI

Layari www.thekedey.com untuk mendapat baju unik.

Previous articleTommy dan Calvin kebanggaan peminat bolasepak Sarawak di Sukan Asia
Next articleMerealisasikan struktur bola sepak Sarawak (Bahagian II)

2 COMMENTS

  1. Masalahnya dengan memperkasakan FAS tok adalah pemilihan org politik sebagai teraju utama di dalam FAS…adakah kita akn terus berharap dgn org politik utk membantu mendapatkan sponser??No 2,boleh nangga berapa banyak merchandise Sarawak FA yg dijual dan terjual sepanjang musim…mun ikut logik,makin byk merchandise terjual,makin bertambah kantung FAS(contohnya JDT)…tp tok x,berbagi share dengan lea sport centre 60/40…kakya harga mahal n sik berpatutan…come on la,gelas printed logo FAS patutnya rm5 jak bah…No 3,sponsor yg ada x menepati janji…giney nk selesaikan masalah tok??ku da madah hariya,bubar kakya polah nya jd Sarawak fc n buka pemilikan berdasarkan pegangan saham…bukan semata2 sponsor jak…baruk ada rasa tanggungjawab sponsorship ya keatas team….no 4,penstrukturan semula gaji pemain Sarawak….yg tok part x logik…gaji gila gila mahal tp main sama level dgn skuad presiden…mun gaji lmbt byr,boikot,sengaja kalah…..patut berik gaji dlm RM 4k jak minimum,full time training,xboleh ada komitmen lain…mun injured kurangkan payment…kontrak based on 2-3season jak…yakni minimum 2 tahun jak…no 5,rombak keseluruhan management FAS ya…wujudkan jawatan tertentu…gaji sidak tok mestilah dibawah RM3k…mun team maju,berikkan bonus…..ya jak la…adohhh..bila la ku mok submit paperwork tok…haizzzz

Comments are closed.