TMJ: LBR adalah liga paling banyak rasuah

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan di Laman Facebook Rasmi Southern Tigers memyatakan bahawa pasukan dari negeri Johor tidak dibenarkan menyertai Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), kerana baginda tidak mahu elemen negatif memasuki negeri tersebut.

Menurut TMJ,  LBR adalah liga paling banyak rasuah di negara ini, sambil baginda memohon pihak yang berminat mengetahui lebih lanjut bertanya kepada ‘unit khas’ Bukit Aman.

Kenyataan pedas TMJ sudah pasti akan menggugat Liga Bolasepak Rakyat, yang akan bermula tidak lama lagi.

Sebelum ini, pihak LBR menerangkan bahawa ketiadaan pasukan Johor di dalam LBR adalah disebabkan wujudnya liga di negeri Johor sendiri.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top