Sarawak FA sekali lagi mendapat peluang apabila Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga merupakan Presiden FAM mengumumkan bahawa pasukan tersebut tidak akan didenda bersama lima pasukan lain yang gagal melengkapkan pendaftaran pasukan pada tarikh akhir yang ditetapkan.
Menurut FMLLP, enam pasukan yang gagal melengkapkan pendaftaran mereka untuk saingan Liga Malaysia 2018 akan dikenakan ‘hukuman tertangguh ataupun ‘suspended point’ yang mana akan menyaksikan enam pasukan tersebut, termasuk Sarawak FA, hanya akan dikenakan potongan mata.
Potongan mata itu juga hanya akan dikenakan jika mereka gagal melengkapkan pendaftaran sebelum tarikh baharu.
Menurut Tengku Ismail di dalam satu sidang media kelmarin, tarikh tutup menghantar dokumen pendaftaran yang baharu untuk keenam-enam pasukan tersebut akan ditentukan di dalam beberapa hari lagi.
Keenam-enam pasukan, termasuk Sarawak FA gagal menghantar pendaftaran pasukan pada 29 Disember 2017, yang merupakan tarikh tutup asal bagi pendaftaran pasukan Liga Malaysia.
Tarikh tersebut kemudiannya dilanjutkan kepada 14 Januari 2018, dan akhirnya 3 Februari 2018, namun ianya masih gagal dipenuhi oleh sepuluh pasukan, dengan enam pasukan daripada yang sepuluh, gagal melengkapkan pendaftaran pasukan.
Selain Sarawak FA, lima pasukan lain yang gagal menghantar pendaftaran pemain adalah Kelantan FA, Kuala Lumpur, Kuantan FA, PDRM, dan Pulau Pinang FA.
//Â Jersi Tribal SarawakCrocs kini boleh ditempah (pra-tempah kedua). WhatsApp 0135693485 untuk maklumat lanjut.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Min, agak2 dpt x Sarawak melengkapkan pendaftaran Pasukan Sebelum Tarikh Baru yA close?
Hehehehe.. kamek org sikmok komen..
Tolonglh lengkap kn apa yg spatutnya….
Anak emas
Sarawak kena denda molah lawatan sambil membuat amal jariah di rumah orang tua? Ado pahala lepas yaa ongg massukkk
madot madot sidak kerabat FAS tok
Dah diberik paha..jangan mintak betis jak kelak
wahai bos fas bertindak lah demi bola sepak sarawak agak 2x yg tk bolih kerja dlm fas tu singkir kan lah
Makan gaji buta ka? ??
biar benar org office swk fa tok. susah gilak kah nak molah pendaftaran ya? aduhai…
Terima TMJ pihak pengurusan sila ambil tindakan sewajarnya jgn ambil ringan…bila dah diberi peluang…kami peminat zaman kegemilangan bola sepak sarawak kembali
X payah lah main..bazir duit je…bt apa main bola..bazir duit ja…buat jalan lagi bagus…buat malu sarawak kita yg kaya…
Hancur