Telekom Malaysia Berhad (TM) menaja secara rasminya Piala Malaysia tahun 2015. Adalah difahamkan penajaan akan berlanjutan sehingga 2017.
Dengan penajaan ini, logo bagi pertandingan Piala Malaysia musim ini akan menonjolkan logo TM sepanjang ianya berlangsung.
Sebelum ini, TM pernah menaja saingan liga Malaysia dari pada tahun 2004 hingga 2010, dan turut terlibat secara aktif di dalam penajaan skuad Harimau Malaya semenjak 2011 sehingga kini.
TM dalam pada itu akan mengadakan roadshow sepanjang Piala Malaysia 2015 berlangsung di seluruh negara bagi membawa kejohanan tersebut secara lebih dekat lagi dengan peminat-peminat bolasepak tempatan.
Selain daripada menaja Piala Malaysia, TM juga adalah syarikat telekomunikasi rasmi Festival HashtagLive Kuching 2015 yang akan diadakan di CityOne Megamall Kuching pada 12 September ini.
Acara media sosial terbesar Sarawak itu dianjurkan Persatuan Sarawak Bloggers, dan ia akan menampilkan 11 bakat Youtube tempatan, serta pertandingan DoTA2 antara universiti di Kuching. Selain daripada itu, pengunjung boleh juga meluangkan masa di ruangan Instagram, Facebook dan Twitter semasa festival berkenaan, dan mengunjungi kedai indie.