TM dijangka kembali taja Liga Malaysia

Syarikat telekomunikasi gergasi Telekom Malaysia atau lebih mesra dipanggil TM dijangka akan menaja semula Liga Malaysia musim ini.

Ini adalah ekoran jemputan yang diterima pihak media daripada satu agensi perhubungan awam yang mewakili unifi, dimana jemputan tersebut adalah bagi menyaksikan satu acara yang disebut sebagai ‘satu pencapaian baharu di dalam industri bola sepak tempatan”.

Untuk makluman, unifi adalah satu jenama di bawah TM sekaligus memberi gambaran bahawa kemingkinan syarikat tersebut akan kembali menaja Liga Malaysia pada tahun 2020.

Sebelum ini, unifi telah beberapa kali menaja pertandingan-pertandingan di dalam Liga Malaysia.  Ini termasuklah Piala Malaysia, dan Liga Super.

TM telah juga menjadi penaja utama Liga Malaysia musim lepas.

Sungguhpun demikian, TM telah menarik diri secara mendadak pada pertengahan musim 2019, sekaligus menyaksikan pihak Malaysia Football League (MFL) kehilangan penajaan yang agak besar.

Dalam pada itu, dengan kemungkinan kembalinya TM ke Liga Malaysia sebagai penaja, semestinya ianya akan kembali merancakkan lagi liga bola sepak paling berprestij di Malaysia.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top