Pasukan Sarawak FA akan turun tanpa dua tonggak utama malam ini.

Pasukan Liga Premier itu akan melayan kunjungan Selangor United dalam misi harus menang.

Menurut laporan akhbar Utusan Borneo, pemain pertahanan Abdul Rahman digantung perlawanan manakala Adam Fahmi pula mengalami kecederaan.

Penolong Jurulatih Sarawak FA, Denny Dai’al dipetik akhbar tersebut sebagai berkata “Ketiadaan kedua-dua pemain itu sedikit merencatkan persiapan kita kerana Abdul Rahman dan Adam merupakan pemain regular dalam pasukan Sarawak.

“Namun, saya ada perancangan untuk menangani masalah itu dan yakin pemain-pemain gantian lain boleh menggaas tugas ditinggalkan kedua-dua pemain tersebut.”.

Sarawak perlu menang menentag Selangor United, dan berharap Kelantan FA tewas malam ini bagi membolehkan mereka keluar dari kedudukan terbawah Liga Premier.

Jika Sarawak tewas ataupun seri, mereka akan menentukan hala tuju mereka musim hadapan dengan menentang pasukan Liga M3 pada perlawanan play-off Liga Premier.

Perlawanan malam ini bermula jam 9 malam dan perlawanan akan dimainkan di Stadium Sarawak.