Perlawanan Suku Akhir diantara Terengganu FA dan Sarawak FA bakal dijual Sabtu ini di kaunter-kaunter perkarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Menurut Pegawai Media Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Haslan Hashim, tiket-tiket berharga RM20 bagi tempat duduk berbumbung, RM10 terbuka dan RM5 untuk kanak-kanak akan mula dijual pada jam 10 pagi.
Pertarungan Terengganu FA menentang Sarawak FA pada Sabtu ini dijangka menarik dengan pasukan Liga Super Sarawak FA bertekad mahu menunjukkan mereka bukan lawan pasukan Liga Premier seperti Terenganu FA.
Sungguhpun demikian, Ketua Jurulatih Sarawak FA dilaporkan tidak mahu pemain beliau memandang rendah kemampuan Terengganu FA yang kini di dalam prestasi terbaik di Liga Premier.
Perlawanan Suku Akhir kedua diantara kedua-dua pasukan dijadualkan di Stadium Negeri pada 21 April 2017.