LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

29 JUN – Ibu kepada arwah Mohd Taufik Sulaiman, Aini Salim telah merakamkan ucapan terima kasih beliau kepada semua pihak pengurusan, kejurulatihan dan pemain pasukan Sarawak FA berikutan keprihatinan rombongan tersebut yang telah berkunjung ke rumah beliau di Kampung Gudon, Menggatal semasa siri perlawanan persahabatan Sarawak di Sabah beberapa minggu lalu.

Di dalam kenyataan terima kasih beliau, yang dipanjangkan ke pihak kami, Aini turut mengharapkan kejayaan pasukan Sarawak FA di dalam arena bolasepak.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Di dalam kejadian pada 14 Jun lalu, arwah Mohd Taufik Sulaiman meninggal dunia selepas motosikal yang dipandunya merempuh bas yang dinaiki pemain dan pegawai Sarawak FA, yang pada ketika itu di dalam perjalanan ke Stadium Likas, Sabah.

Kejadian pada jam 7:40 petang itu berlaku kurang dua jam sebelum sepak mula di antara perlawanan persahabatan di antara pasukan Liga Premier Sabah FA dengan Sarawak FA, yang mana menyaksikan pasukan Bujang Senang tewas 2-1 kepada Sabah FA. – sarawakcrocs.com