Lebih 85,000 peminat bola sepak akan membanjiri Stadium National Bukit Jalil pada Selasa ini apabila Malsyai bertemu Indonesia untuk aksi yang nilainya adalah mara ke pusingan ketiga siri kelayakan Piala Dunia 2022 serta layak secara automatik ke Piala Asia 2023.

Perlawanan yang digelar ‘Derbi Nusantara’ adalah antara perlawanan paling panas di rantau dunia, dengan rushan menjadi kebiasaan khususnya apabila dimainkan di Indonesia.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Ianya akan dilangsungkan pada jam 8:45PM waktu Malaysia.

Dalam perlawanan ini, Indonesia mempunyai misi sukar untuk pergi jauh di dalam kempen Piala Asia 2023 mereka, namun Malaysia mempunyai keupayaan untuk pergi lebih jauh di dalam kelayakan Piala Dunia 2022, dan seterusnya layak secara merit untuk Piala Asia 2023.

Malaysia kini memiliki enam mata hasi dua kemenangan, manakala Indonesia tidak mempunyai sebarang mata.

Ekoran habisnya penjualan tiket perlawanan tersebut, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga mengumumkan bahawa tiada penjualan tiket akan dilakukan di kaunter Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kesemua tiket bagi perlawanan tersebut dijual secara atas talian dengan hanya 4,500 diperuntukkan untuk penyokong Indonesia.

Stadium Bukit Jalil mempunya kapasiti 85,000 tempat duduk dan dianggap antara stadium terbaik di dunia.