Dalam perlawanan yang mungkin boleh dianggap aksi terakhir Liga M3 untuk Kuching pada musim ini, Kuching telah tewas.

Kuching yang menentang Ultimate FC di Stadium Sarawak malam tadi mengawal keseluruhan perlawanan, namun gagal memanfaatkan banyak peluang di hadapan pintu gol.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Cubaan-cubaan dari Rafiezal dan Sufizal samada diselamatkan, ataupun tidak mengenai sasaran di dalam perlawanan pelengkap malam tadi.

Sebaliknya, pasukan pelawat, Ultimate yang berjaya menjaringkan gol pada babak kedua perlawanan menerusi Elvensen. Gol hasil sepakan sudut pada babak ke-71 itu gagal diselamatkan Awang Tarmizi, sekaligus memberikan pasukan Ultimate tiga mata di dalam perlawanan tersebut.

Kekalahan Kuching ini tidak membawa sebarang perubahan kepada kedudukan Kuching yang kini sudah dinobatkan naib juara Liga M3 bagi musim ini.

Kuching kini sedang membuat persediaan untuk perlawanan play-off dengan Sarawak FA yang akan dianjurkan paa 23 November kelak.

Jika Kuching menang, Kuching akan dinaikkan ke Liga Premier pada tahun 2020.