Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) dikhabarkan telah menggugurkan tiga pemain tempatan untuk musim hadapan.
Menurut satu laman peminat bolasepak, pemain-pemain tersebut adalah Shahrol Saperi, Florian Rison dan Awang Iskandar Check.
Adalah difahamkan pengguguran ketiga-tiga pemain adalah berpunca daripada mereka mengalami kecederaan jangka masa panjang.
Pengguguran Florian dan Awang belum kami dapat pastikan, namun pengguguran Shahrol adalah lebih kurang sah, terutama sekali berikutan kenyataan media sosial oleh Joseph Kalang kelmarin berhubung isu tersebut.
Dalam pada itu, FAS dijangka akan mengumumkan senarai pemain baharu pada atau sebelum 10 Januari ini.
// Jersi Tribal SarawakCrocs bakal dilancarkan ISNIN ini. Dapatkan berita terkini di Kedey.SarawakCrocs.