Tiga pemain bolasepak Sarawak dipilih wakil Malaysia ke Sukan SEA 

Tiga orang pemain bolasepak wanita Sarawak telah dipilih untuk sebagai sebahagian daripada skuad bolasepak Malaysia untuk menggalas cabaran emas di Sukan SEA.

Tiga pemain tersebut ialah penjaga gol pasukan Sarawak, Asma Junaidi, dan penyerang, Siti Rohani Saptu dan Heindee Mosroh.

Kejuaraan pertama pasukan Sarawak sepanjang 30 tahun sejarah penganjuran Piala Tun Sharifah Rodziah yang lalu ternyata melonjakkan nama-nama pemain tersebut untuk terpilih dalam skuad wanita kebangsaan.

Pemain-pemain ini akan menyertai latihan pusat yang bermula 3 Mei ini hingga 23 Jun 2017 di Universiti Malaysia Sabah dan akan menjalankan perlawanan persahabatan antarabangsa pada pertengahan bulan Mei.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top