Tiga pemain import Sarawak semakin serasi dengan pasukan

Tiga pemain import pasukan bolasepak Sarawak FA dikatakan semakin serasi menjelang aksi perlawanan Liga Premier Sarawak FA menentang Juantan FA kelak.

Komen sedemikian dibuat oleh Ketua Jurulatih Sarawak FA, Ian Gillan di dalam Akhbar Utusan Borneo, yang mana beliau turut mengatakan bahawa keserasian ketiga-tiga pemain import tersebut dengan pemain-pemain lain semakin baik dan ianya merupakan petanda baik untuk pasukan bimbingannya.

Ian walaubagaimanapun menaruh harapan bahawa keserasian dan kombinasi corak perlawanan pasukan Sarawak FA yang ditonjolkan semasa latihan akan dapat dipersembahkan semasa Liga Premier kelak.

Sarawak FA kini di dalam fas latihan terakhir pasukan untuk persediaan melayan kunjungan Kuantan FA pada 2 Februari kelak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top