Padang Stadium Negeri yang dilihat lecak dan kurang memuaskan beberapa minggu lalu akhirnya mendapat nafas baharu apabila kerja-kerja baik pulih dijalankan oleh Perbadanan Sukan Sarawak (PSS).

Daripada pemerhatian kami, rumput stadium yang dilihat kurang elok telah dicangkul keluar dan diganti dengan rumput baharu bagi memastikan ianya di dalam keadaan sempurna menjelang perlawanan pertama Liga Premier pada 2 Februari kelak.

Adalah difahamkan rumput yang ditanam adalah rumput sama seperti rumput asal, yakni jenis ‘cow grass’.

Juga, tidak semua rumput Stadium Negeri diganti, dan cuma bahagian tertentu sahaja.

Dalam perkembangan sama, pihak kami juga tidak mendapat apa-apa perkhabaran berkenaan baik pulih lampu limpah stadium yang dilaporkan rosak dan tidak dapat memenuhi keperluan pencahayaan Liga Malaysia.

26 COMMENTS

  1. Tmpat dduk penyokong kalau boleh cat lah cantik2 sikit atau letaklah tmpat dduk mcm kt stadium SNBJ tu,nak dduk pun tak selesa dh tengok tmpat dduk stadium Negeri Sekarang,kotor dan berlumut

  2. Saya nak tanya kenapa fas x jadikan stadium sarawak sebagai venue memandangkan stadium tu baru dibaik pulih untuk sukma yang lepas?saya tak pernag jejakkan kaki ker stadium tu..

  3. Pd fans2 Sarawak. Nak tanya boleh? Kenapa FAS suka guna n baik pulih stadium negeri sebagai home berbanding stadium petrajaya (baru)? Rasanya std baru lebih nampak kemas & besar? Just nak tau. #fanPerak

  4. Why only now u want to start the work,or just because the fans started to grumble then u start to dig the soil so that it can be a proof to the fans that previous comment was true…ha.ha

  5. Kenapa baru skarang na baik pulih padang kenapa tak 2-3 bulan yg lepas,begitu juga dgn keadaan tempat duduk kalau boleh bersikan cat jika perlu atleast sedap mata memandang lebih2 lagi kalau ada penyokong pasukan lain turut sama menyaksikan pasukan merwka beraksi.Sama juga tempat duduk berbumbung yg berharga rm25,byk kerusi yg dah rosak takan pihak berwajib tengok mcm tu saja..Diharap sebelum sepakmula liga bermula semuanya dlm keadaan yg tip top.

  6. stadium sarawak ? kedong.ada 2 stadium patutnya plan.. cgek under renovation .. cgek gik boleh pakei.. sik kan duak duak sikpat pakei.. .. aduh aduh.. iboh marah sekadar bagi pendapat

  7. Tempat duduk tu minggu depan lah sidak fas bersihkan..sekarang kan musim hujan..basuh awal2 pun berlumut juga…taulah fas bersihkan tempat duduk tu..tapi bila mgu depan game dah stat masih kotor..bolehlah kau org nak komplen ke hentam ke…ni cakap pang pung pang pung mcm tin kosong ja..masih ada seminggu lagi sblm game.sabarlah..pepatah kata sabar tu separuh drpd iman..salam jumaat ye..

Comments are closed.