Kemenangan Sarawak United ke atas Skuad FAM-MSN Ahad lalu mengembirakan Ketua Jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan.
Beliau yang ditemui selepas perlawanan berkata bahawa perlawanan tersebut penting bagi pasukannya, dan yang paling penting adalah tiga mata penuh yang berjaya dimenangi.
Elavarasan juga menyatakan bahawa pernah ada pasukan yang seri menentang SKuad FAM – MSN ini, dan pasukannya telah bertindak baik mendapatkan gol awal di dalam perlawanan tersebut dan sekaligus memenangi perlawanan itu.
“Saya rasa perlawanan hari ini penting kepada kami, dan yang paling penting adalah tiga mata tersebut dan saya tahu ada pasukan pernah seri dengan pasukan ini.” kata Elavarasan.
“Yang paling penting adalah cara kita mencipta gol, dan kita perlu mendapatkan gol dahulu. Pada babak pertama mereka melaksanakan tugas dengan baik dengan mencipta dua peluang.” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan sama, Elavarasan turut menyatakan bahawa beliau juga gembira dengan Sandro Medonca yang telah menjaringkan gol malam itu.
Menurut Elavarasan, sumbangan pemain import sememangnya ditagih oleh pasukannya dan Sandro seharusnya menjaringkan gol sekiranya diberi ruang.
“Saya rasa Sandro adalah pemain yang sangat berpengalaman, dan sekiranya dia diberi ruang sudah tentu penyudah dia akan bagus.
“Sebagai pemain import, kami sememangnya mengharapkan prestasi baik dari dia.” kata Elavarasan lagi.