Selepas hampir sebulan bertarung di negara Perancis,  akhirnya kejuaraan EURO2016 bakal ditentukan pada awal pagi Isnin diantara Portugal dan tuan rumah kejohanan kali ini,  Perancis.
Euro 2016 final portugal
Kemaraan pasukan Portugal sememangnya tidak terjangka kali ini,  namun laluan pasukan yang dibintangi Christiano Ronaldo dilihat mudah selepas berjaya memasuki fasa kalah mati pertandingan atas merit menjadi antara pasukan tempat ketiga di dalam peringkat kumpulan dengan mata terbaik.

Di peringkat kalah mati pula, Portugal terpaksa berhempas pulas melangkaui masa penuh perlawanan, sebelum menundukkan Croatia dan Poland. Hanya di separuh akhir sahaja Wales berjaya ditumbangkan oleh Portugal di dalam masa penuh.
Euro 2016 final france
Berbeza dengan Portugal, pasukan Perancis merupakan pilihan pertandingan kali ini dan dijangkakan akan menjuarai EURO 2016 selepas mudah menumpaskan pilihan utama kejohanan, Germany.

Muncul sebagai juara Kumpulan A, France mara ke pentas akhir kejohanan dengan mempergunakan sepenuhnya masa penuh permainan apabila menundukkan North Ireland di peringkat 16 terakhir, Sweden di peringkat Suku Akhir,  dan akhir sekali Germany di Separuh Akhir malam tadi.

Pertembungan dua gergasi bolasepak Eropah pada awal pagi Isnin kelak dalam pada itu semamangnya amat dinanti oleh pencinta bolasepak kerana Portugal akan mempergunakan sepenuhnya peluang tersebut untuk melakar sejarah tersendiri agar muncul juara kejohanan berprestij tersebut buat kali pertama, manakala pasukan Perancis sudah pasti ingin merangkul kejuaraan yang dianjurkan di atas tanah sendiri.

Samada anda menyokong Portugal atau Perancis, perlawanan yang bermula pada jam 3 pagi itu (waktu Malaysia) sudah pasti akan menjadi tumpuan bagi menyaksikan kualiti bolasepak terbaik.

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SarawakCrocs Tribal jersey

1 COMMENT

Comments are closed.