Tiga lagi gelanggang futsal untuk Kuching

Daerah Kuching akan memperolehi tiga lagi gelanggang futsal dalam masa terdekat.

Gelanggang tersebut akan dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai pada tahun ini.

Perkara tersebut disahkan oleh Datuk Dr Abdul Rahman yang dipetik akhbar tempatan sebagai berkata projek tersebut adalah termasuk di dalam Program Transformasi Luar Bandar ADUN Pantai Damai.

Pertambahan ketiga – tiga gelanggang futsal itu akan menjadikan jumlah gelanggang futsal di kawasan Pantai Damai bertambah kepada 13.

“Dengan pertambahan ini, kawasan kita kini mempunyai 13 gelanggang futsal untuk manfaat masyarakat terutama golongan belia” kata Abdul Rahman dalam satu artikel berita tempatan.

Abdul Rahman juga menjelaskan bahawa beliau mengimpikan setiap kampung mempunyai gelanggang futsal jika berupaya.

“Ini merupakan keperluan anak muda, kalau boleh, kita mahu membina gelanggang futsal di setiap kampun.” tambahnya lagi.

Futsal merupakan sukan bola yang semakin mendapat tempat di hati peminat ekoran ianya boleh dimainkan di atas kawasan kecil dengan bilangan pemain yang kecil jika dibandingkan dengan bola sepak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top