Tidak terlalu bagus, tetapi ada peningkatan

Biarpun sudah mencipta kemenangan pertama, kelab bola sepak Kuching City enggan mendabik dada.

Sebaliknya, penolong jurulatih Kuching City, Sulaiman Hussin, menyatakan bahawa pasukannya masih perlu mempertingkatkan diri.

Sulaiman menyatakan pasukannya gembira berjaya memungut mata penuh, dan ianya merupakan mangkin dan penguat semangat kepada pasukan beliau untuk lebih berjaya lagi.

Sungguhpun demikian, pasukannya tidak mempermainkan permainanan yang terbaik biarpun menang.

“Pada hari ini, seperti yang anda sedia maklum seperti tiga perlawanan yang lepas, kami menghadapi sedikit masalah dalam keserasian dan juga kesilapan – kesilapan mudah yang dilakukan.” kata Sulaiman selepas perlawanan Kuching City menentang PDRM FC Sabtu lalu.

“Dari ini, tidak lah katakan permainan kami terlalu bagus, tetapi mereka ada peningkatan, dan paling penting pada hari ini adalah kemenangan.

“Ini menyuntik tonik semangat kerana selepas ini ada rehat, jadi pemain boleh merehatkan diri dalam keadaan yang aman.” kata Sulaiman lagi.

Dalam perkembangan sama, Sulaiman juga menyatakan bahawa pemain beliau telah memberikan yang terbaik sepanjang perlawanan menantang PDRM.

“Tak dapat minta banyak daripada pemain kerana mereka telahpun beri yang terbaik dan tahniah juga kepada PDRM kerana memberi tentangan sampai akhir.” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih PDRM, Mat Zan Mat Aris mengakui bahawa dua gol Kuching CIty hadir kerana kesilapan pemainnya.

“Secara keseluruhan pemain mencuba untuk mencari gol dan cara kita main pun baik. Kita ada asas dan mencipta peluang.

“Pada minit terakhir pun kita ada peluang. Kita gagal menjaringkan gol penyamaan.  Kita kecewa.” kata Mat Zan dalam sidang media selepas perlawanan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top