PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kenyataan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) beberapa hari lalu telah mencadangkan agar liga bola sepak dismbung hanya seleps 1 September.

Walaubagaimanapun, ianya bukanlah satu keputusan ‘veto’ untuk menghalang ahli gabungan meneruskan saingan liga domestik masing-masing.

Promosi RM1

Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John menjelaskan saingan itu tertakluk dengan arahan kerajaan di negara masing-masing.

Beliau juga menyatakan bahawa jika ahli gabungan mendapat kebenaran dri kerajaan negara masing-masing, liga bola sepak domestik negara tersebut boeh disambung.

Windsor juga berpendapat kenyataan yang dikeluarkan Ketua Jawatankuasa Perubatan FIFA, Michel D’Hooghe adalah juga bergantung kepada kebenaran yang diberi oleh kerajaan negara-negara terbabit.

“Keputusan meneruskan liga ketika ini bergantung kepada kerajaan masing-masing kerana masalah COVID-19 ini berbeza di setiap negara. Namun ini tidak bermakna FIFA menghalang ia daripada diteruskan.

“Kita pun sudah mendapat maklumat daripada beberapa negara yang mana mereka akan memulakan saingan liga antaranya China, Korea Selatan, Australia serta Thailand selepas mereka mendapat kebenaran daripada kerajaan dan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Apapun, kita juga menasihatkan setiap ahli gabungan supaya mematuhi peraturan yang dikeluarkan pihak kerajaan dan saya berpendapat kenyataan FIFA itu bukanlah satu arahan kepada ahli gabungan”, katanya.