Tidak gembira, tapi sememangnya layak jadi naib juara

Ketua pasukan Sarawak United, Taylor Regan, yang berasakan pasukannya layak dinobatkan naib juara Liga Premier setelah melepaskan kelebihan lima mata yang dimiliki ke atas Negeri Sembilan.

Dia serta rakan sepasukan sememangnya tidak gembira dengan apa yang terjadi namun dalam masa sama dia akui kejayaan ke Liga Super sebagai sesuatu yang membanggakan setelah bekerja keras sepanjang musim.

“ Kami sememangnya tidak gembira kerana kami pada mulanya berada di tangga teratas dan segala-galanya cukup selesa dalam kawalan kami untuk muncul juara liga.

“ Mungkin apa yang terjadi dengan pasukan pada perlawanan terakhir ada memberikan sedikit kesan tetapi saya tidak mahu berikan sebarang alasan di sebalik kegagalan kami.

“ Tahniah kepada Negeri Sembilan kerana muncul juara dan secara keseluruhan, kami layak untuk berada di tempat kedua pada musim ini berbanding mereka.

// PESAN VIVO X70 PRO DENGAN HADIAH PROMOSI SEKARANG

“ Kepada penyokong Sarawak, terima kasih di atas sokongan anda semua malah saya hargai dengan segala kata-kata penghargaan dalam beberapa hari ini, kami telah cuba sedaya upaya untuk menang dan sekarang kami akan cuba melakar sesuatu di Piala Malaysia.

“Kami sememangnya berada dalam kumpulan yang sukar kerana Penang FC menjadi antara pasukan terbaik di Liga Super sementara Kuala Lumpur punyai sebuah skuad yang berkualiti sementara Sri Pahang, pasukan yang mempunyai sejarah tersendiri dalam saingan Piala Malaysia.

“ Cuma bezanya kami tidak ada tekanan berbanding di Liga Premier kerana kami dituntut mendapatkan kemenangan dalam tiap perlawanan tetapi di Piala Malaysia, kami tidak akan rasainya dan ini mungkin berikan sedikit kelegaan buat pemain untuk beraksi lebih baik, ” katanya.

Dalam perlawanan terakhir kelmarin, hasrat Sarawak United untuk meraih kejuaraan berkubur setelah Negeri Sembilan menang 4-2 ke atas PDRM FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi manakala mereka sekadar seri 1-1 dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) II di Stadium Dato Tan Sri Hj Hassan Yunos, Larkin.

Penyerang, Uche Agba terlebih dahulu meletakkan Sarawak di hadapan pada minit ke-4 namun pemain gantian, Stuart Wilkin menyamakan kedudukan buat JDT II pada minit-84 untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Situasi itu menyebabkan Negeri Sembilan muncul juara dengan pungutan 41 mata, tiga mata mengatasi Sarawak yang berada di tangga kedua dengan 38 mata. – MFL

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top