Tiada perbezaan kualiti pemain LBR dengan Liga Super – Jurulatih Kuching

Di dalam temuramah bersama Astro Awani malam tadi, jurulatih Kuching, Sharizan Sahari menyatakan bahawa tiada perbezaan di antara pemain bolasepak peringkat Liga Bolasepak Rakyat Kebangsaan dengan liga-liga lain di Malaysia seperti Liga Super.

Menurut jurulatih muda itu, kebanyakan pemain mempunyai kepakaran dan kehebatan yang sama secara asas, namun perbezaan pengalaman di dalam pertandingan di peringkat tertinggi memisahkan mereka. Sharizan dalam pada itu menggesa pemain-pemain muda diberi lebih banyak pendedahan bagi membolehkan mereka menjadi pemain yang lebih hebat.

Sharizan yang berjaya membawa pasukan Kuching ke peringkat Separuh Akhir Liga Bolasepak Rakyat Kebangsaan musim ini juga melahirkan hasrat agar pemain-pemain bolasepak di Kuching dan Sarawak amnya, diberikan galakkan dan sokongan untuk berjaya, sambil mengakui bahawa sokongan kini sememangnya ada, namun ianya lebih baik jika ianya bertambah.

Sharizan yang juga merupakan bekas pemain Sarawak pada era kejurulatihan Jalil Ramli, dalam itu berharap pasukan Kuching akan menewaskan Temerloh hari ini, dan seterusnya mengharumkan nama Sarawak di persada bolasepak Malaysia.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top