Tiada istilah ‘pilih kasih’ dalam pembayaran gaji

Dalam beberapa minggu ini telah hadir khabar angin menyatakan bahawa wujudnya pilih kasih dari pihak pengurusan Sarawak United apabila berkenaan isu pembayaran gaji.

Mengikut khabar tersebut, pemain kelahiran Sarawak diutamakan dalam pembayaran gaji dengan pemain lain mendapat gaji lebih lambat atau tidak dibayar penuh.

Khabar angin telah disangkal oleh pemilik Sarawak United, Posa Majais, yang menjelaskan bahawa gaji pemain Sarawak adalah kecil, dan ini memudahkan pembayaran.

Beliau juga menjelaskan bahawa gaji pemain lain adalah lebih besar, dan oleh itu dibayar sedikit kemudian, samada dalam bentuk separuh atau penuh.

“Kami tidak pilih kasih. Pemain kelahiran Sarawak mempunyai gaji yang kecil, dari RM2,000 – RM4,000. Gaji mereka kecil jadi kita boleh membayarnya” jelas Posa kepada akhbar New Straits Times.

“Bagi pemain yang mempunyai gaji besar, kita bayar secara penuh, atau dengan sebahagain mereka dibayar separuh dahulu. Tidak ada isu pilih kasih”jelas Posa lagi.

Menariknya, kenyataan Posa ini juga menggambarkan perbezaan jurang gaji pemain kelahiran Sarawak dengan pemain luar, dan adalah diharapkan bahawa pada masa hadapan, gaji pemain Sarawak akan setimpal dengan pemain – pemain luar Sarawak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top