Tiada Bader Eldin untuk Sarawak, Ivan hampiri slot import Sarawak

Bader Eldin, penyerang dari Sudan yang dikatakan akan ke Sarawak dari pasukan Al-Hilal tidak akan ke Sarawk lapor sumber terdekat kepada pihak SarawakCrocs.com.

Mengikut sumber tersebut, Bader sememangnya gagal dipikat untuk bersama Sarawak dan hanya Kevin Onyekachi berjaya dijemput ke Kuching.

Walaubagaimanapun, Kevin telah gagal menyerlah di dalam sesi pengujian, dan beliau telah balik ke negara asalnya minggu lalu.

Dalam pada itu, sumber sama turut menyebut bahawa Sarawak berkemungkinan akan menandatangani Ivan Fatic yang bukan sahaja boleh bermain sebagai pemain pertahanan, tetapi juga pemain tengah.

Sumber tersebut mendedahkan bahawa latar belakang Ivan turut membantu beliau semasa sesi pemilihan, namun seorang lagi pemain, Kwon Jun, masih berpeluang untuk memikat Robert Alberts kerana beliau amat rajin dan berkualiti.

Sarawak dijangka menandatangani seorang lagi import selepas kami mengesahkan bahawa Billy Mehmet bakal ke Sarawak. Sungguhpun demikian, status seorang lagi pemain akan banyak bergantung kepada status Muamer Salibasic yang buat masa ini masih lagi belum dilepaskan secara rasmi oleh Sarawak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top