Tiada Amri dalam senarai pemain 2021 Sarawak United

Selesai Posa Majais mengumumkan senarai pemain yang sudah disenaraikan untuk pasukan Sarawak United musim hadapan, satu nama nampaknya hilang.

Nama tersebut adalah ‘Amri Yahyah’, yang mana merupakan antara pemain terbaik Sarawak United bagi musim 2020.

Biarpun kini bergelar pemain veteran, Amri adalah antara pemain paling menyerlah pada musim 2020, dengan bekas pemain kebangsaan itu dilihat masih mampu menabur kudrat di atas padang bagi pasukan Kenyalang Emas.

Status Amri di Sarawak United sememangnya menjadi tanda tanya selepas B Sathianathan dilantik ke jawatan Pegawai Teknikal kelab tersebut.

Ini memandangkan Sathianathan dan Amri mempunyai ‘sejarah’ tersendiri, sehinggakan kedua – duanya dikhabarkan tidak sehaluan.

Sungguhpun demikian, sumbangan Amri kepada pasukan Sarawak United musim ini menyaksikan ramai peminat mengharapkan Amri akan terus kekal bersama pasukan Sarawak United.

Walaubagaimanapun, nama Amri tidak kelihatan ketika senarai pemain 2021 diumumkan Posa.

Ini sekaligus membayangkan bahawa ketua pasukan 2020 Sarawak United itu mungkin tidak dipanjangkan kontrak bersama kelab profesional itu, selari dengan khabar sebelum ini bahawa beliau akan digugurkan.

Dalam pada itu, halatuju Amri kini menjadi persoalan ramai dengan carian di internet tidak membuahkan hasil.

Samada Amri sudah sah meninggalkan Sarawak United kini masih dipersoalkan namun hadir segelintir peminat kelab tersebut yang masih mengharapkan bahawa Amri masih akan kekal untuk semusim lagi bersama Sarawak United.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top