Kuching City yang kini sudah kembali menjadikan Stadium Negeri sebagai venue rasmi bagi perlawanan di tempat sendirinya telah terkesan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikenakan di seluruh Sarawak.
Ekoran daripada PKP, latihan secara berpasukan tidak dapat dilakukan dan ini dilihat bakal memberi impak kepada prestasi pasukan apabila Liga Malaysia bersambung kelak.
Ketua jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim mengakui bahawa ketiadaan latihan secara berpasukan akan memberi kesan kepada persediaan pasukannya.
Beliau juga dilaporkan menyatakan bahawa ketiadaan aksi pemanas badan akan memberi sedikit impak kepada pemain.
“Kekurangan elemen tersebut boleh menyebabkan terhakisnya persefahaman antara pemain.” kata Irfan kepada salah sebuah akhbar tempatan Sarawak.
“Apa boleh buat, kami tidak dapat menjalani latihan secara berpasukan berbanding pasukan lain di Semenanjung ketika ini,” tambahnya lagi.
Kuching City akan meneruskan aksi Liga Premier 2021 dengan menanti kehadiran Terengganu FC 2 di Stadium Negeri, Petra Jaya.