Ketua jurulatih pasukan wanita Sarawak FA, Hakimi Man bersyukur di atas kemenangan pasukan bimbingannya dalam perlawanan suku akhir menentang Sabah kelmarin.
Beliau yang ditemuramah turut memuji semangat juang yang ditunjukkan pemain-pemainnya yang tidak berputus asa dan berjaya mengaplikasikan rancangan taktikal dengan baik.
Hakimi dalam pada itu turut berterima kasih dan memuji penyokong yang memenuhi Stadium Miri dan memberi sokongan kepada pasukan Sarawak FA selama pertandingan Piala Tun Sharifah Rodziah berlangsung.
Beliau menyifatkan bahaw penyokong yang hadir merupakan pemain ke-12 dan kehadiran mereka sudah semestinya telah menyuntik semangat pasukan bimbingannya.
Tambah Hakimi, kemenangan ke atas Sabah FA kelmarin merupakan kemenangan untuk seluruh rakyat Sarawak.
Dalam pada itu, pasukan Sarawak FA akan menentang PDRM pada jam 4:15PM di Stadium Miri kelak (13 April), dengan pasukan tuan rumah berusaha mencipta menjulang trofi berprestij kejohanan bolasepak wanita tersebut buat kali pertama sejak ianya diperkenalkan 30 tahun lalu.