Tak jadi ubah nama? Logo Sarawak FA diguna AFL untuk Liga M3

Logo pasukan Sarawak FA telah digunapakai oleh pihak Amateur Football League (AFL) ketika mengumumkan pasukan-pasukan yang akan bertanding di Liga M3 musim 2020 di laman rasmi badan tersebut.

AFL mentadbir liga-liga bola sepak amatur di Malaysia, termasuk liga M3, Liga M4 dan Liga M5, manakala Malaysia Football League (MFL) mentadbir liga bola sepak profesional Malaysia.

Selepas mesyuarat exco yang lepas, Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Posa Majais telah dipetik sebagai berkata bahawa semua pasukan milik FAS akan dijenamasemula kepada Sarawak United, dengan abjad A, B, C dan D digunakan untuk membezakan setiap pasukan.

Dengan ramai tahu bahawa Sarawak FA telah dijenama semula kepada Sarawak United B (SUB), timbul persoalan sekiranya penjenamaan semula itu tidak jadi.

Ini memandangkan perkongsian AFL yang menggunakan semula logo Sarawak FA yang juga merupakan logo FAS.

Bukan itu sahaja, nama pasukan juga diletakkan sebagai ‘Sarawak FA’.

Persoalannya kini adalah apakah nama sebenar pasukan yang mewakli FAS di Liga M3?

Adakah ianya Sarawak FA, atau Sarawak United B?

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top