Jika komen di media sosial dijadikan ukuran, ramai yang menyeru pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) membaik pulih keadaan Surau stadium yang mereka ibaratkan sebagai amat kotor.
Pihak SarawakCrocs membuat tinjauan surau kelmarin, dan gambar dibawah menunjukkan keadaan surau kelmarin, ketika hujan turun pada sebelah petang.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys
Jika diperhatikan, surau tersebut sememangnya di dalam keadaan bersih dan baik, namun ianya kurang pencahayaan.
Kami dimaklumkan bahawa surau telah diwujudkan di Zon B sejak beberapa tahun lalu, dan kerja-kerja menambah baik keadaan surau telah dilaksanakan sejak ianya dibangkitkan oleh sebilangan penyokong.
Seorang pegawai FAS yang enggan dikenali dalam pada itu turut hairan mengapa isu surau terus menjadi perhatian sedangkan ianya telahpun dinaik taraf, dan berharap bahawa pengguna surau berkenaan akan bekerjasama menjaga kebersihan surau tersebut terutama pada hari perlawanan.
lagik sedih stadium baru sebelah ya xda suro
Suro ada tapi VIP jak boleh sembahyang you. Pernah tanyak aria nya madah ya VIP jak.
paduhal.time sukan nk ada menang kereta ya tek semua org semayang rah simen terok2
nangga sendiri lh setiap match home berapa jak agak. beli tiket cmaok pasya kondem sia sitok. majoriti polah isu tok diam di rmh jak sik tauk apa apa. cuba pegi stdm bok tauk. boh mcm monyet.
Dari dolok dah i madah .
Org Jenis dtg stadium 2 tahun skali.. Cmya la
Luar jak nampak kemas..dalam nya kotor..
mmg kotor pun…kt luar ya kotor… kenak cuci… dlm ok sikit
Mun maok tmpt bersih..pnde2 drikpn la ngosa nya..penyokong kelantan smp sembahyang kt track stadium..cdaknya xda komplain pn mdh stadium koto?tepuk dada tyk selera.beli tiket pn pas ng kwn,nk demand lebeh2..
APA nk dimanaskan ya hak bersuara orang ramai mereka byr ticket masuk stadium
Tempat ibadah…walau dimana pun kenalah bersih…..pihak stadium perlu pandang serious hal ni…..
Sedih…memalukan nama bola sepak Sarawak je…
Hahahaha …nmpk urg yg komen sik baca artikel yg tulis..hahha
Biasalah… ada org sik maok guna kemahiran membaca kadang-kadang 😅
Aok nang kotor ada sekali sembayang dengan fans johor geleng palak cdak..
Surau zone b agik okay..zone A ya mok dipantau agik..