Datu Sudarsono melahirkan beliau menerima tugas sebagai Pengurus Pasukan skuad Harimau Malaya kerana minat mendalam beliau terhadap bolasepak negara.
Dalam sidang media di Wisma FAM, Sudarsono melahirkan perasaan teruja beliau untuk menyumbang tenaga dan idea untuk membawa mutu bola sepak negara ke peringkat yang lebih tinggi.
Sudarsono, yang juga merupakan presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) sebelum ini telah dilantik secara rasminya oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai pengurus pasukan kebangsaan yang baru, dan akan bergandingan dengan Dolah Salleh yang diletakkan sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.