Sudah tiba masanya kita bubarkan sahaja pasukan Sarawak FA

Laman web SarawakCrocs telah diwujudkan pada tahun 2013, dan kami telah menjadi pemerhati kepada arena bolasepak Sarawak.

Dari segi kuasa, tiadalah pula kami miliki. Kami lebih kepada memastikan anda tidak lupa bahawa bolasepak Sarawak wujud, dan perlu diberi perhatian. Kami juga ingin memastikan berita bolasepak Sarawak ada untuk dibaca.

Kami telah bertegas, dari hari pertama, tidak akan mencampur adukkan laman kami dengan berita-berita tidak berkaitan dengan bolasepak, kecuali ianya ditaja.  Oleh itu, kami amat bangga kerana laman SarawakCrocs, baik di Facebook, twitter dan IG, hanya diupdate berkenaan isu bolasepak.

Pada tahun sama, Sarawak FA telah memenangi liga Premier.

Kita gembira, peminat gembira, FAS gembira. Namun, kini, pada tahun 2018, cerita yang kita tuliskan hanyalah cerita duka.

Itulah sebab pada bulan Jun, SarawakCrocs tidak seaktif dahulu. Kami sukar membawa berita kerana semuanya berita negatif. Hanya kurang sepuluh artikel ditulis.

Kini kami kembali dengan harapan baharu. Harapan yang bagi kami lebih baik untuk bolasepak Sarawak.

Selama ini, kami telah sering menyokong idea bolasepak komuniti dan bolasepak setempat, tetapi kali ini, kami mahu suara kami lebih kuat lagi.

Kami mahu pasukan bolasepak Sarawak FA dibubarkan supaya bolasepak komuniti boleh dimekarkan lagi

Keadaan kini adalah amat sesuai. Bolasepak Sarawak di dalam keadaan paling tenat. Ada ura-ura menyatakan penggantian pemain dan jurulatih bakal berlaku lagi musim hadapan, dan akan rombakan di dalam pasukan bakal dibuat.

Persoalan kami, sampai bila kita nak rombak pasukan? Sampai bila nak buang duit RM4 juta dari Kerajaan Sarawak untuk membayar gaji pemain import?

Sampai bilakah Sarawak harus menghadkan penyertaan pemain di dalam pasukan bolasepak profesionalnya kepada 25 orang sahaja apabila bakat bolasepak kita jauh lebih banyak?

Sampai bilakah FAS terus perlu dihantui kos dan tugas membawa sebuah pasukan? Oleh itu, di bawah ini adalah hujah kami. (Hujah ini kami sudah letakkan di twitter kami):

  1. Jangan salah faham. Kami tidak mahu FAS dibubarkan. Kami mahu pasukan bolasepak Sarawak FA dibubarkan. Mengapa? Bacalah…
  2. FAS adalah persatuan. Kita perlukan satu persatuan yang ‘menjaga’ dan memantau bolasepak di Sarawak. Kita perlukan persatuan untuk mempromosikan bolasepak, serta membangunkan bolasepak di segala peringkat tanpa hadir pilih kasih. Itu peranan FAS.
  3. Permintaan kami adalah untuk membubarkan pasukan negeri Sarawak FA supaya FAS tak sibuk lagi jaga pasukan bola. Mereka lebih fokus kepada pembangunan bola. Pembubaran pasukan Sarawak FA juga akan memberi ruang pasukan bukan milik FA berkembang.
  4. Bayangkan jika di Sarawak, kita ada pasukan2 dari Miri, Bintulu, Sibu, Kuching dan sebagainya di Liga Malaysia. Seluruh Sarawak ada pasukan bolasepak yang boleh dibanggakan. Ada perasaan setempat. Ada pasukan bolasepak komuniti. Alangkah indahnya.
  5. Pada ketika dan masa itu, tidak lagi orang Sarawak hanya menyokong sesebuah pasukan secara jarak jauh. Tidak lagi mereka di limbang berkata ‘kami sokong Sarawak FA’ tetapi mereka tidak pernah satu kalipun melihat pasukan tersebut di stadium.
  6. Bah… Bayangkan… Ada yang mungkin kata, infra takda, duit takda… Nak buat apa? U guys kat SarawakCrocs ni ambitious and crazy. Ur far from reality. Our answer to that is simple. We have a dream, and great things start with a dream.
  7. Kenapa nak mimpi menang Liga Super sahaja bila kita boleh buat lebih dari itu? Negeri lain sibuk nak ikut JDT. Biarkan. Kita buat ikut acuan kita dan kemampuan kita. Tapi janganlah plan nak setahun lepas tu call it a day. Things like this take time.
  8. FAS boleh bantu semua kelab baru menjana ekonomi. Jangan harap ehsan dan sponser LSC sahaja. Byk cara nak buat duit kalau mahu. Pasal fasiliti, jangan risau.. Slow slow… Nina jenama pasukan, bina perasaan sayang akan pasukan tempatan.
  9. Pada peringkat awal, FAS boleh tolong distribute geran and funding to other teams to empower them. Impart knowledge. Theres a huge amount of possibilities. Asal maok ajak. Jadi bubarlah Sarawak FA. FAS fokuslah pada pembangunan bolasepak.
  10. . Masanya telah tiba. Imagine with an RM4mil grant a year from Sarawak government in a year, we can do so much to develop our team(s), and bukan asyik bayar gaji pemain import.. LOOK AT SELANGOR’s community league. DONT LOOK AT JDT. They are in a class of their own. They have the money, we don’t. BUBARLAH SARAWAK FA.

Samada anda setuju atau tidak, itu pilihan anda, tapi kami percaya, bolasepak komuniti di Sarawak HARUS dibangunkan.

…dan jangan lupa LIKE kami di Facebook.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top