Pasukan Sarawak United C (SUC) akan ke Kuala Lumpur bagi mengikuti beberapa siri perlawanan persahabatan bagi persediaan Piala Belia 2020.

Demikianlah lapor akhbar Utusan Borneo yang turut memetik pengurus SUC, Basil Thomas, sebagai berkata bahawa pasukan tersebut bakal bertemu dengan Selangor, Kuala Lumpur dan PDRM.

SarawakCrocs Tribal Jersey 2020

Basil juga dipetik sebagai berkata bahawa SUC akan menguji kekuatan dan mengesan kelemahan semasa bertandang ke Semenanjung Malaysia kelak sebelum memulakan kempen Piala Belia pada 23 Februari 2020.

Dalam perkembangan sama, Utusan Borneo juga melaporkan bahawa SUC akan dibarisi pemain berpengalaman dari Piala Presiden dan Piala Belia musim lepas.

Turut diambil masuk ke SUC adalah pemain yang dipilih daripada Sekolah Sukan Tabuan Jaya Kuching.

Pasukan SUC kini sedang giat mengadakan latihan di Miri selepas pasukan tersebut dipindahkan pusat latihannya dari Kuching ke Miri bagi musim 2020.

Mantan Ketua Jurulatih Sarawak United B, David Usop, kinli telah dipilih untuk mengemudi pasukan muda tersebut yang dijagka akan memberi saingat hebat di Piala Belia musim 2020.