Pasukan Sarawak United A yang dlimiliki oleh Sarawak United FC telah meminta pemainnya menghantar laporan dan rakaman video latihan mereka kepada pihak jurulatih.
Hal itu disahkan oleh Pengurus pasukan SUA Afiq Fikri Brahim menerusi laporan DayakDaily.
Menurut laporan portal tersebut, Afiq mengesahkan bahawa pihak SUA telah menyediakan modul latihan untuk setiap pemain agar mereka boleh menjalani latihan secara tertutup di kediaman masing – masing.
Afiq menjelasan bahawa pemain kemudiannya perlu menghantar laporan dan juga rakaman sesi latihan mereka kepaa jurulatih.
Langkah yang diambil SUA adalah untuk memastikan pemain mereka kekal cergas dan bersedia untuk penyambungan semula Liga Premier kelak.
Kerajaan Malaysia telah menguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara dan ini bermaksud semua pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat menjalani latihan formal.
PKP ini menyaksikan orang ramai, termasuk juga pemain, terpaksa berkurung di rumah dengan kemudahan awam ditutup bagi mengekang virus COVID19 yang sedang melanda dunia.