SUA ikat Gabriel Miguel Guerra

Sarawak United A (SUA), yang merupakan pasukan utama Sarawak United FC sah mengikat mantan pemain Johor Darul Ta’zim FC, Gabriel Miguel Guerra.

Penyertaan beliau ke pasukan SUA hadir tanpa pengumaman rasmi oleh kelab tersebut ekoran sikap Sarawak United FC yang mahu berdiam diri sehingga keputusan positif bakal dicapai oleh pasukan SUA. Ini adalah selaras dengan kenyataan pengurus SUA, Hamzah Ibrahim dalam laporan akhbar NST bertarikh 2 Februari lalu.

Sungguhpun demikian, nama Guerra terkesan di dalam senarai pemain simpanan yang dikeluarkan oleh pihak SUA untuk perlawanan Liga Premier diantara SUA dan Kuala Lumpur FA Sabtu lalu.

Di dalam senarai nama pemain tersebut, Guerra diberikan nombor 10 oleh SUA, dan beliau telah membuat aksi pertama beliau untuk pasukan baharunya apabila dimasukkan pada minit ke-76 bagi mengantikan Mohd Alif.

Kemasukan Guerra walaubagaimanapun gagal membantu SUA yang kecundang 2-1 di dalam perlawanan tersebut.

Guerra paling cemerlang dari 2015 – 2017 apabila beliau menjaringkan 20 gol pada ketiga-tiga musim taktala menyarung jersi PKNS FC dari 2015 dan 2016, dan JDT FC pada tahun 2017.

Pada tahun 2018, beliau telah kembali ke negara asalnya dan bermain untuk pasukan Huracán, sebelum kembali ke Malaysia pada tahun 2019 dan menyertai pasukan PKNS semula.

Penyertaan beliau bersama PKNS kali ini kurang menyerlah apabila beliau hanya menjaringkan 7 gol daripada 31 perlawanan.

Pada musim ini, penyerang berusia 26 tahun dipelawa SUA sebagai pemain import keempat pasukan tersebut sekaligus menjadikan beliau pelengkap pasukan yang dilatih E. Elavarasan.

Beliau kini menyertai tiga lagi pemain import SUA yang kini sudahpun bermain untuk SUA yakni Patrick Ronaldinho Wleah, Damerson Bruno, dan Milad Mansour.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top