Sebuah stadium khas untuk bola sepak bakal di bina di lokasi Stadium Shah Alam sekiranya khabar perancangan untuk merobohkan Stadium Shah Alam menjadi kenyataan.
Menurut laporan The Star, stadium gergasi itu mengalami masalah struktur dan dianggap tidak selamat untuk digunakan.
Akhbar tersebut yang memetik ciapan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Sharipada hari Rabu berkata bahawa jika pembinaan semula Stadium Shah Alam dilaksanakan, ianya akan turut melibatkan Stadium Malawati yang letaknya bersebelahan Stadium Shah Alam.
Akhbar sama turut memetik sumbernya sebagai berkata bahawa stadium baharu yang lebih kecil tetapi serba moden adalah antara yang dirancang untuk menggantikan Stadium Shah Alam.
Turut dipetik adalah harapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mana menyatakan bahawa Raja Muda of Selangor Tengku Amir Shah pernah meminta jika Stadium Shah Alam boleh dirobohkan dengan digantikan dengan stadium khas untuk bola sepak.
Baginda dalam pada itu memberitahu The Star dalam sesi temu bualnya bahawa baginda tidak mempunyai halangan terhadap permintaan itu dengan syarat nama Stadium Shah Alam dikekalkan.