ADUN Nangka, Dr Annuar Rapaee telah baru – baru ini mengumumkan bahawa padang yang dibina khas untuk menjadi tapak utama serta ‘home ground’ Kelab Bolasepak Sibu District kini sedang dalam fasa pengujian lampu limpah.
Apabila siap sepenuhnya, padang di Kemuyang Sibu itu bakal menjadi padang bola sepak pertama di Zon tengah Sarawak yang mempunyai kemudahan lampu limpah.
Ini bermakna latihan serta perlawanan bola sepak akan boleh dimainkan pada waktu malam di padang tersebut.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys
Menurut Annuar, pihak kontraktor telah melakukan pengujian lampu limpah tersebut dan sebarang masalah akan diperbaiki selepas pengujian dilaksanakan.
Untuk rekod, Sibu District merupakan kelab bola sepak terbaharu dari Sarawak yang memasang hajat untuk menyertai saingan Liga Malaysia dalam masa terdekat.